Kelas Softskill – Make A Treehouse dan Skeletal System

28 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Softskill kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk merangsang kemahiran dan kreativiti peserta menghasilkan rumah pokok menggunakan laman web ABCya.com.

Kelas ini terbahagi kepada 2 sesi dimana dalam sesi pertama peserta diajar kemahiran untuk membuat dan menghasilkan rumah pokok dengan menggunakan tetikus dan touchscreen. Peserta menghias rumah pokok dengan memilih jenis pokok, jenis kayu, perabot, tingkap dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing-masing.

Dalam sesi kedua pula, peserta diajar kemahiran mengenal pasti bahagian-bahagian sistem rangka manusia. Mereka kemudian dikehendaki untuk melabel bahagian-bahagian berkenaan dengan perkataan yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali